RPH

Rancangan Pengajaran Harian
      Mata Pelajaran   :  Bahasa Malaysia
      Kelas                   :  1K
      Masa                   :  12:20-12:50p.m. (30minit)
      Tema                   :  Berhati-hati
      Tajuk                    :  Kami Selamat
      Subtajuk              : Teliti Gambar dan Baca
      Objektif                :  Pada akhir pengajaran, murid-murid berupaya :
i.                    Menyatakan sekurang-kurangnya 1 alatan berbahaya yang terdapat di rumah.
ii.                  Membaca sekurang-kurangnya 1 ayat yang mengandungi tanda baca dengan sebutan intonasi yang jelas dan betul.
     Aktiviti :    
1.)  Guru menayangkan slaid gambar beberapa tempat.
2. )  Mengadakan sesi soal jawap dengan murid tentang slaid gambar yang ditayangkan.
3.) Guru membimbing murid-murid membaca ayat yang mengandungi tanda baca dengan sebutan intonasi yang jelas dan betul.  
4.Guru melekatkan beberapa keping gambar di atas papan tulis dan meminta beberapa murid untuk mengelaskan sama ada alatan berbahaya atau alatan tidak berbahaya.
                         
   Sistem bahasa   :    kosa kata :  alatan berbahaya, ubat nyamuk, mancis, pisau, jarum, lilin.
          
          EMK             :   Teknologi maklumat dan komunikasi

Alat bantu mengajar   :   Peralatan ICT, gambar alatan, kertas mahjung.

Set Induksi –±5 minit
i. ) Guru menayangkan satu slaid gambar tempat dan tanya soalan.
ii.)  Guru mengemukakan tajuk yang ingin diajar pada hari ini.


Langkah 1 –±10 minit
i.) Guru tanya soalan, murid-murid menjawab soalan berdasarkan slaid-slaid gambar ini.    




Langkah 2 – ±10 minit
i.) Guru mengarahkan murid-murid membaca buku teks Bahasa Malaysia pada muka surat 44.

Penutup –± 5 minit
i.)  Guru melekatkan beberapa keping gambar alatan, sama ada gambar alatan berbahaya atau gambar alatan tidak berbahaya di atas papan tulis.
ii.) Murid-murid diminta mengelaskan alat-alat ini dalam kumpulan alatan yang berbahaya dan kumpulan alatan yang tidak berbahaya. 
iii.) Murid diberi masa untuk membuat aktiviti tersebut.
iv.)  Guru tanya soalan dan membuat kesimpulan.

Kesimpulan:
Soalan: -
i.) Apakah tajuk yang telah kita belajar pada hari ini ?
Kami Selamat.

ii.) Adakah menjaga keselamatan kita itu sangat penting ?